Nota Darjah 6 : Jenis-Jenis Buruj dan Kegunaannya
Apa Itu Buruj?
Pada waktu malam,terdapat banyak bintang di langit. Sesetengah bintang membentuk sebuah corak. Corak tersebut dikenali sebagai buruj. Buruj ialah gugusan bintang yang kelihatan membentuk corak tertentu pada waktu malam.
Jenis-Jenis Buruj
- Buruj biduk
- Buruj belantik
- Buruj pari
- Buruj skorpio
Buruj biduk
Jun pada pukul 8 hingga 10. Buruj ini menunjuk ke arah Utara dan biasanya muncul di sebelah Hemisfera Utara.
Buruj belantik
Buruj belantik menyerupai pemburu dengan pedang. Ia muncul antara Disember hingga Februari. Buruj belantik juga menunjuk ke arah utara dan muncul di Hemisfera Utara dan Selatan.
Buruj pari

Buruj pari menyerupai layang-layang dan muncul antara April hingga Jun pada kira-kira pukul 8 hingga 10 malam. Buruj ini menunjuk kearah Selatan dan boleh dilihat dari arah sebelah Hemisfera Selatan.
Buruj skorpio
Buruj skorpio menyerupai seekor kala jengking. Buruj ini pula muncul antara Jun hingga Ogos iaitu pada pukul 8 hingga 10 malam. Ianya boleh dilihat disebelah Hemisfera Selatan.
Kegunaan Buruj
- Berfungsi sebagai kompas untuk menentukan arah. Pada zaman dahulu, pelaut dan pengembara akan merujuk corak-corak buruj bagi menetukan arah pelayaran dan perjalanan mereka.
- Menentukan musim menuai.
Comments
Post a Comment