Posts

Nota Darjah 6 : Jenis-Jenis Buruj dan Kegunaannya

Image
  Apa Itu Buruj? Pada waktu malam,terdapat banyak bintang di langit. Sesetengah  bintang membentuk sebuah corak. Corak tersebut dikenali sebagai buruj. Buruj ialah gugusan bintang yang kelihatan membentuk corak tertentu pada waktu malam. Jenis-Jenis Buruj Buruj biduk Buruj belantik Buruj pari Buruj skorpio Buruj biduk Buruj biduk menyerupai mangkuk atau gayung atau senduk. Buruj biduk muncul antara April hingga Jun pada pukul 8 hingga 10. Buruj ini menunjuk ke arah Utara dan biasanya muncul di sebelah Hemisfera Utara. Buruj belantik Buruj belantik menyerupai pemburu dengan pedang. Ia muncul antara Disember hingga Februari. Buruj belantik juga menunjuk ke arah utara dan muncul di Hemisfera Utara dan Selatan.  Buruj pari Buruj pari menyerupai layang-layang dan muncul antara April hingga Jun pada kira-kira pukul 8 hingga 10 malam. Buruj ini menunjuk kearah Selatan dan boleh dilihat dari arah sebelah Hemisfera Selatan. Buruj skorpio Bur uj skorpio menyerupai seekor kala jengk...